Latih Tubi Sc ( Sec B - Earth & Universe)

Latih Tubi Sc ( Sec A- Earth & Universe)

Latih Tubi Sc Year 5 ( Sec B- Living things)

Latih tubi Year 5 ( Sec A- living things)


PENGENALAN
Dalam suatu ekosistem, setiap organisma saling berinteraksi melalui perhubungan makanan. Dalam interaksi ini, organism hidup boleh dikelaskan sebagai PENGELUAR, PENGGUNA dan PENGURAI

I.            PENGELUAR
Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar kerana tumbuhan membina makanannya sendiri melalui fotosintesis

II.            PENGGUNA dikelaskan kepada tiga iaitu:

ü PENGGUNA PRIMER- haiwan yang hanya makan tumbuhan

ü PENGGUNA SEKUNDER- haiwan yang makan pengguna primer

ü PENGGUNA TERTIER – haiwan yang makan pengguna sekunder

III.            PENGURAI
Organisma yang mendapatkan makanan dengan cara menguraikan organisma yang telah mati

DEFINISI RANTAI MAKANAN

Satu kumpulan organisma apabila terdapatnya pemindahan tenaga melalui siratan makanan (pemangsa) dan kena makan (mangsa) atau setiap benda yang hidup menjadi makanan kepada benda hidup yang lain.

JENIS-JENIS RANTAI MAKANAN

1.     Rantai makanan pemangsa
Rantai makanan ini bermula daripada herbivor dan kepda karnivor kecil hinggalah yang besar. Pemnagsa pada aras yang pertama lebih kecil daripada yang kedua dan seterusnya.

2.     Rantai makanan parasit
Rantai makanan ini juga bermula daripada herbivor tetapi tenaga makanan dipindahkan daripada organism yang besar kepada yang kecil. Organisama yang besar ialah perumah dan yang kecil ialah parasit.

3.     Rantai makanan saprofit
Rantai makanan ini menunjukkan pemindahan tenaga daripada jirim organik haiwan dan tumbuhan yang mati kepada mokroorganisma.




SIRATAN MAKANAN

DEFINISI SIRARATAN MAKANAN
Kesemua rantai makanan saling berhubung untuk mendapatkan makanan. Ini kerana kebanyakan pengguna makan lebih dari satu jenis makanan. Oleh itu, siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan.

CONTOH SIRATAN MAKANAN
Dalam contoh siratan makanan di atas terdapat 6 rantai makanan:
i.          Pokok padi ® burung pipit ® ular ® helang
ii.         Pokok padi ® tikus ® ular ® helang
iii.        Pokok padi ® belalang ® burung pipit ® ular ® helang
iv.        Pokok padi ® tikus ® helang
v.         Pokok padi ® tikus ® ular ® helang
vi.        Pokok padi ® belalang ® ayam ® ular ® helang
vii.       Pokok padi ® belalang ® ayam ® helang
PIRAMID NOMBOR

1.     Merupakan satu susunan organisma yang menunjukkan bilangan relative organisma pada setiap peringkat rantai makanan.

2.     Sekiranya diperhatikan dalam ekosistem yang tidak terganggu,kita akan dapati bilangan hidupan yang paling banyak ialah tumbuhan. Tumbuhan membekalkan makanan kepada pelbagai jenis haiwan. Oleh itu, bilangannya harus melebihi haiwan untuk menampung keperluan setiap makanan.

3.     Bilangan pengguna primer seharusnya melebihi bilangan pengguna sekunder dan bilangan pengguna sekunder mesti melebihi bilangan pengguna tertier.

4.     Sekiranya jumlah bilangan hidupan dalam setiap peringkat disusun mengikut tertib dalam rantai makanan, satu model pyramid nombor akan terbentuk.

CONTOH PIRAMID NOMBOR
5.     Pada rantai makanan yang melibatkan parasit, keadaan sebaliknya akan dapat dilihat.

6.     Jumlah parasit jauh lebih banyak daripada jumlah perumah. Misalnya sepohon pokok didiami oleh beberapa ekor burung herbivor yang memakan buah. Pada seekor itu pula akan terdapat perpuluh-puluh atau berates-ratus kutu pijat.



PIRAMID BILANGAN PADA RANTAI MAKANAN PARASIT
ALIRAN TENAGA

1.     Dalam setiap rantai makanan, tenaga berpunca daripada matahari. Tenaga daripada tumbuhan dipindahkan kepada organisma lain melalui rantai makanan dan siratan makanan.

2.     Dalam setiap peringkat, tenaga akan digunakan untuk respirasi dan aktiviti organisma seperti tumbuhan dan pergerakan.

3.     Untuk mendapatkan semula tenaga, organisma tersebut mestilah membina makanan sendiri atau mencari makanan lain.

4.     Aliran tenaga dalam pyramid nombor bermula daripada pengeluar. Walaubagaimanapun, terdapat kehilangan tenaga apabila tenaga dipindahkan dari satu peringkat ke peringkat yang lain.

5.     Tenaga dalam setiap peringkat akan hilang melalui aktiviti organisma seperti respirasi, pencernaan, perkumuhan dan pergerakan.

6.     Oleh itu, bilangan organisma pada dasar pyramid mestilah jauh lebih baik dari bilangan organisma di atasnya supaya jumlah tenaga yang ada padanya mencukupi untuk menyokong organisma di atasnya.










KEPENTINGAN SIRATAN MAKANAN

1.     Memastikan kemandirian spesies – jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran.

2.     Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber.

3.     Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan akan berubah dan menyebabkan keseimbangan alam terganggu.

4.     Contohnya pengurangan bilangan tikus akibat diracun akan mempengaruhi bilangan ular.

5.     Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan.






  



SISTEM SURIA 


Sistem suria meliputi bintang yang dipanggil Matahari serta sembilan planet iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto. 


• Ada satelit semula jadi (bulan) seperti planet, komet, asteroid, meteoroid dan medium antara planet di dalam sistem suria berkenaan.
 • Sistem suria dipercayai terbentuk sekitar 4,600 juta tahun dulu hasil pengumpalan gas dan habuk di angkasa yang membentuk matahari dan planet lain. 
• Matahari sumber tenaga elektromagnet terbesar (kebanyakannya dalam bentuk haba dan cahaya)
• Keseluruhan sistem suria, termasuk bintang-bintang tempatan, mengorbit pusat sebuah galaksi berlingkar mengandungi 200 bilion bintang yang dinamakan Bima Sakti. 
• Berhampiran galaksi Bima Sakti ada dua galaksi kecil yang boleh dicerap dari hemisfera selatan, iaitu Awan Magellan Besar dan Awan Magellan Kecil. 
• Galaksi besar yang paling hampir dengan Bima Sakti ialah Galaksi Andromeda yang juga berlingkar seperti Bima Sakti, tetapi ia empat kali lebih besar dan ada pada jarak dua juta tahun cahaya dari Bima Sakti. 
• Galaksi kita satu daripada berbilion galaksi lain yang diketahui mengembara merentasi ruang antara galaksi. Senarai planet dan jarak purata dalam kilometer (km) planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut: Utarid – 57.9 juta km Zuhrah – 108.2 juta km Bumi – 149.6 juta km Marikh – 227.9 juta km Musytari – 778.3 juta km Zuhal – 1,427.0 juta km Uranus – 2,871.0 juta km Neptun – 4,497.0 juta km Pluto – 5,913.5 juta km


Utarid
Planet ini adalah planet yang paling hampir dengan matahari. Satu tahun di Merkuri bersamaan dengan 88 hari. Merkuri 3 kali ganda lebih kecil berbanding dengan Bumi. Satu hari di Merkuri bersamaan 59 hari di Bumi

Zuhrah
Ini adalah planet kedua daripada matahari. Jaraknya dari matahari adalah lebih kurang 26 jua batu daripada Matahari. Satu tahun di Venus bersamaan 255 hari di Bumi. Di gelar bintang MALAM dan PAGI memandangkan ia mulanya menjelma pada waktu malam dan hilang di pagi harinya.

Bumi
Rumah kita yang merupakan planet ketiga dari matahari. Setakat ini, ianya terdiri daripada cecair yang merupakan air. Umur planet kita adalah lebih daripada 4 billion tahun. Ianya adalah muda jika dibandingkan dengan seluruh objek di alam semesta ini. Jaraknya dari matahari adalah lebih kurang 93 juta batu. Satu tahun di Bumi adalah sebanyak 365 hari dan satu hari bersamaan 24 jam.

Marikh
Merupakan planet keempat dari Matahari danbersaiz separuh daripada Bumi. Setahun di Marikh kurang daripada 2 tahun di Bumi. Hari-harinya hampir sama dengan Bumi.

Muystari
Ia adalah planet kelima dari Matahari. Merupakan objek yang terang di langit Bumi setelah planet Venus. Satu tahun di Jupiter bersamaan 12 tahun di Bumi. Satu harinya hampir 10 jam dan merupakan planet yang mempunyai hari yang terpendek di dalam sistem Suria. Besarnya ialah 11 kali saiz Bumi. Planet ini terdiri daripada gas. Tompokan merah yang kelihatan dikatakan ribut besar yang lebih besar daripada segalanya di Bumi.

Zuhal
Ia adalah planet keenam dari Matahari. Planet yang paling kurang tumpat di dalam alam ini. Satu tahun di Jupiter bersamaan 30 tahun di Bumi. Satu harinya lebih 10 jam, hampir sama dengan satu hari di Jupiter. Besarnya ialah 9 kali saiz Bumi. Planet ini cantik dan terkenal kerana keunikan gelang dikelilingnya yang terdiri daripada batu-batan dan gas. Salah satu daripada bulannya, Titan, mengandungi atmosfera. Planet ini terdiri daripada gas.

Uranus
Ia adalah planet ketujuh dari Matahari. Satu tahun Uranus bersamaan 84 tahun Bumi. Satu harinya lebih kurang 18 jam. Planet ini terdiri daripada gas, batu-batan dan ais. Juga memounyai cincin seperti Saturn yang pertama dilihat pada tahun 1977. Sebagai planet gas, ia hanya boleh dilihat melalaui teleskop.

Neptune
Ia adalah planet lapan dari Matahari yang mempunyai 8 bulan dan 4 cincin. Tetapi kini ia adalah planet kesembilan, memandangkan ianya adalah planet yang elliptikal dan bukan bulat walaupun sebenarnya semua planet bukan sebenar-benarnya bulat. Satu tahun Neptune bersamaan 165 tahun Bumi. Satu harinya lebih kurang 19 jam. Planet ini terdiri daripada gas dan batu-batan.

Pluto <– Dwarf planet (planet kerdil)
Ia adalah planet kesembilan dari Matahari. Satu tahun Uranus bersamaan 250 tahun Bumi. Satu harinya lebih kurang 6 hari Bumi. Terdiri daripada batu-batan, merupakan planet terkecil dan tersejuk memandangkan jaraknya yang jauh dari Matahari. Mempunyai 1 bulan, Charon yang saiznya menghampiri planet ini sendiri.


ASTEROID
Asteroid merupakan antara beberapa planet kecil yang juga merupakan ahli di dalam sistem suria. Ianya bergerak secara elliptikal kebanyakkanya antara orbit Marikh and Jupiter.
Lebih kurang 200 asteroid mempunyai diameter berukuran lebih kurang 60 batu atau lebih. Antaranya ialah Ceres mempunyai diameter diameter lebih kurang 640 batu, Pallas dan Vesta dengan diameter lebih kurang 340 batu. Jumlah jisim kesemua asteroids dalam sistem suria kurang dari jisim Bulan. Kebanyakkan asteroid berputar diatas paksinya setiap 4 hingga 20 jam. Ada beberapa asteroid yang mempunyai satelitnya sendiri.
Matahari
Diameter: 1,390,000 km.
Jisim: 1.989e30 kg
temperature: 5800 Kelvin (permukaan),15,600,000 Kelvin (teras)
Matahari merupakan pusat bagi sistem suria. Berjarak 93 juta batu dari Bumi, mengambil masa kurang dari 8 1/2 minit untuk cahayanya sampai ke Bumi.

Komet.
Komet adalah sesuatu yang kecil dan tidak sekata yang terbentuk daripada campuran debu dan gas beku. Orbitnya yang eliptikal membawanya hampir kepada matahari dan menghayunnya jauh ke dalam angkasa, lebih jauh daripada planet pluto.
Strukturnya bermacam-macam serta lebih dinamik, namun semuanya membentuk gumpulan awan yang disebut koma, yang lazimnya membesar apabila ianya menghampiri matahari. Selalunya, nukleus yang kecil dan terang (berdiameter kurang daripada 10km) jelas kelihatan di bahagian tengah koma tersebut. Koma dan nuklues itulah yang membentuk kepala komet yang selalu kita lihat.

Bulan
Permukaan bulan terdiri daripada banyak lubang yang besar yang dinamai kawah. Ia juga mengandungi gunung berbatu serta kawasan rata berdebu halus. Bulan sentiasa beredar mengelilingi Bumi. Peredaran lengkap Bulan mengambil masa 27 1/3 hari untuk mengelilingi Bumi. Sambil ia mengelilingi Bumi, ia juga mengelilingi matahari.

FASA BULAN
Apabila Bulan beredar mengelilingi Bumi, bahagian permukaan bulan yang menerima cahaya akan berubah. Oleh itu, bentuk Bulan akan turut kelihatan berubah apabila kita melihatnya dari Bumi. Bentuk-bentuknya yang berlainan ini dinamakan Fasa Bulan. Antaranya anak bulan, bulan sabit, bulan separa dan bulan purnama.

1.anak bulan-new moon
2. bulan sabit baru-crescent moon
3. bulan separa baru-half moon
4.purnama baru-gibbous moon
5.bulan purnama-full moon
6.purnama lama-full moon
7.bulan separa lama-half moon
8. bulan sabit lama-crescent moon




Gerhana terdiri daripada dua, iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari. Kedua-dua ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul berada pada satu garisan yang lurus.  Yang membezakan antara dua jenis gerhana ini ialah, apakah yang berada di tengah-tengah? Apakah yang membentuk bayang-bayang gergasi? Apa pula yang terlindung?
Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama Sistem Suria kita.
Kita pergi satu demi satu.

Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.
Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. 

Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek yang amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana bayang-bayang Bumi.
Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di mana bula berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan gerhana Bulan hanya berlaku pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17 hb hijrah… Di mana perubahan bentuk Bulan hanya berlaku pada malam yang sama.


Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan.
Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi gelap-gelita – seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.
Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.

Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).


Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana cincin.
Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu cincin yang berkilau.

Betapa indahnya suasana kejadian alam semula jadi ciptaan ALLAH.
Sebagai seorang Muslim, apa pula yang seharusnya kita lakukan apabila berlaku kejadian gerhana di tempat kita? Kita disunatkan mendirikan solat sunat gerhana. Hukumnya sunat muakkad.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w,
إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
 ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
Maksudnya,  “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Solat sunat gerhana dilakukan sepanjang gerhana itu terjadi. Dilakukan dua rakaat, tetapi yang membezakan solat sunat ini dengan solat sunat yang lain iaitu dengan dilakukan dua qiam. dua ruku’ dalam satu rakaat. 







Selamat Datang Ke Blog Cikgu!!

Jom Belajar Sains.

Temui tips-tips untuk score A dalam UPSR.