Gerhana terdiri
daripada dua, iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari. Kedua-dua ini berlaku
apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul berada pada satu garisan yang
lurus. Yang membezakan antara dua jenis gerhana ini ialah, apakah yang
berada di tengah-tengah? Apakah yang membentuk bayang-bayang gergasi? Apa pula
yang terlindung?
Kita sedia maklum,
Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama Sistem Suria
kita.
Kita pergi satu demi
satu.
Gerhana Bulan berlaku
apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.
Manakala, gerhana
Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada garis
lurus.
Apabila kejadian atau
situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek yang amat
besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana
bayang-bayang Bumi.
Jangan terkeliru
dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di mana bula
berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan gerhana Bulan
hanya berlaku pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17 hb hijrah…
Di mana perubahan bentuk Bulan hanya berlaku pada malam yang sama.
Gerhana Matahari pula
berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang
besar iaitu Bulan.
Bayang-bayang Bulan
yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi
gelap-gelita – seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.
Sekiranya kita berada
dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara
langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik
fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
Jadi, gunakanlah alat
bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3
keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di
atas (bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).
Salah satu kejadian
unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana cincin.
Ini terjadi kerana
bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian Matahari. Oleh
sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu
cincin yang berkilau.
Betapa indahnya
suasana kejadian alam semula jadi ciptaan ALLAH.
Sebagai seorang
Muslim, apa pula yang seharusnya kita lakukan apabila berlaku kejadian gerhana
di tempat kita? Kita disunatkan mendirikan solat sunat gerhana. Hukumnya sunat
muakkad.
Sabda Nabi Muhammad
s.a.w,
إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
Maksudnya, “Sesungguhnya
matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah.
Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang
atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah,
bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”